Love What You Do

Be yourself; Everyone else is already taken.
— Oscar Wilde.

Be yourself; Everyone else is already taken.
— Oscar Wilde.

Oleh: Hairi Mohd
Pada 20 Februari lalu, melalui mesyuarat
ahli Lembaga Pengarah MFL, MFL telah meluluskan untuk memansuhkan Manual Syarat Pemain Import yang sebelum ini menetapkan pemain naturalisasi harus beraksi selama lima tahun selepas tempoh naturalisasi sebelum layak untuk didaftarkan sebagai PEMAIN TEMPATAN.

Alasan yang diberikan oleh MFL adalah keputusan diambil selepas mendapati manual tersebut tidak lagi praktikal dan sesuai untuk diaplikasikan di Liga Malaysia berdasarkan perkembangan semasa bola sepak Malaysia. Kejayaan Mohamadou Sumareh membantu meningkatkan mutu skuad kebangsaan dan peningkatan mutu permainan Liga Malaysia selepas kemasukan pemain import pasti alasan yang wajar diterima untuk menyaksikan pemansuhan Manual tersebut.
Hasil pemansuhan tersebut, dapat kita saksikan Liridon Krasniqi berjaya didaftarkan sebagai pemain tempatan dan ini memberikan ruang buat pasukan JDT mengekalkan pemain Import sedia ada. Kesannya, pasukan-pasukan lain juga berpotensi untuk menaturalisasikan beberapa pemain port berkualiti mereka sebagai pemain tempatan pada musim mendatang.
Berbalik pula kepada situasi terkini:
Kedah FA melahirkan hasrat untuk mendapatkan sebanyak 1000 keping tiket diberikan kepada mereka untuk perlawanan Piala Sumbangsih 2020 di Stadium Sultan Ibrahim, MFL tampil dengan jawapan balas.
Pihak MFL menegaskan bahawa pembahagian tiket untuk penyokong pasukan tuan rumah dan pelawat adalah mengikut manual yang ditetapkan. Menurut manual tersebut:
1. Stadium yang berkapasiti si bawah 20,000 akan memperuntukkan 300 keping tiket kepada penyokong lawan.
2. Stadium yang berkapasiti 20,000-40,000 akan memperuntukkan 500 keping tiket kepada penyokong lawan.
3. Stadium yang berkapasiti 40,000-80,000 akan memperuntukkan 1000 keping tiket kepada penyokong lawan.
Persoalannya, mengapakah MFL tidak mengambil tindakan yang sama ketika mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah MFL diadakan? Permintaan daripada pasukan lawan untuk tiket tambahan bukanlah suatu isu baharu. Isu ini adalah isu ulangan yang berlaku saban tahun. Isu ini berlaku kerana tindakan MFL yang meletakkan penindihan jadual antara Piala Sumbangsih dengan jadual perlawanan pertama MSL.
MFL wajar cakna dan membuat perubahan serta merta sesuai dengan alasan yang diberikan oleh mereka ketika memansuhkan Manual Syarat Pemain Naturalisasi. Jika MFL mengatakan bahawa penangguhan dilakukan akibat perkembangan semasa Liga Malaysia, MFL seharusnya wajar sedar bahawa perlawanan pertama Liga Malaysia melibatkan pertembungan pasukan gergasi selalu menjadi tumpuan, apatah lagi, ianya melibatkan perebutan piala.
MFL seharusnya telah ‘masak’ dengan situasi ini. Mereka wajar menghapuskan manual pembahagian tiket yang sudah lapuk tersebut seiring dengan perkembangan semasa dan sambutan hangat yang diberikan oleh peminat ketika perlawanan melibatkan jadual.
MFL juga wajar memberikan 5% tiket kepada pasukan lawan seperti yang disyorkan FIFA dan dipraktikkan di liga di Eropah. Jika syor tersebut digunapakai di Malaysia, Kedah sekurang-kurangnya boleh mendapatkan 1500-1800 keping tiket untuk Stadium Sultan Ibrahim yang berkapasiti 35000.
MFL wajar bertindak pantas demi meneruskan kemeriahan Liga Malaysia.
#Hairimohd

1. Old Trafford (Manchester United)
Kapasiti stadium: 75,731 orang
Kapasiti untuk penyokong pasukan lawan: 3000 orang
Peratusan: 4%

2. Emirates Stadium: (Arsenal)
Kapasiti stadium: 60,704 orang
Kapasiti untuk penyokong pasukan lawan: 3000 orang (kapasitinya akan ditambah menjelang perlawanan melibatkan piala)
Peratusan: 5%

3. London Stadium (West Ham United)
Kapasiti stadium : 60,000 orang
Kapasiti untuk penyokong pasukan lawan: 2800 orang
Peratusan: 5%

4. Etihad Stadium (Manchester City)
Kapasiti stadium : 55,097 orang
Kapasiti untuk penyokong pasukan lawan: 3000 orang
Peratusan: 5 %

5. Anfield (Liverpool)
Kapasiti stadium : 54,074 orang
Kapasiti untuk penyokong pasukan lawan: 2000 orang
Peratusan: 4%

6. St. James’ Park (Newcastle United)
Kapasiti stadium : 52,405 orang
Kapasiti untuk penyokong pasukan lawan: 3000 orang
Peratusan: 6%
#Hairimohd #stadiumcapacity #awayfans #awayfanscapacity #EPL

Kebanyakan kelab EPL menetapkan 5% daripada kapasiti di stadium adalah untuk penyokong pasukan lawan. Mungkin sudah tiba masanya pentadbir liga negara kita menerapkan peraturan yang sama.

Oleh: Hairi Mohd
Baru-baru ini FAM mengatakan bahawa mereka merancang untuk hanya menaturalisasikan para pemain import yang berusia maksima 30 tahun sahaja. Alasan yang diberikan adalah FAM mahu pemain naturalisasi yang dipilih hendaklah dapat beraksi buat skuad Harimau Malaya dalam jangka masa yang panjang dan tidak ‘sekadar’ tempoh yang singkat. Kami di Football Lads tidak bersetuju dengan hasrat FAM yang ingin menetapkan syarat tersebut secara tergesa-gesa.
Hal ini kerana, buat masa ini terdapat beberapa pemain asing berkualiti yang berpotensi untuk dinaturalisasikan. Mereka juga cuma memerlukan sekurang-kurangnya 2-3 tahun untuk layak beraksi buat Harimau Malaya. Antara pemain tersebut ialah Gonzalo Cabrera (31 tahun) penggempur konsisten yang bermain di JDT sejak awal tahun 2017, arkitek Lee Tuck-Terengganu FC, juga bermain di Malaysia sejak 2017 dan Argzim Redzovic- Terengganu FC II (28 tahun), iaitu seorang pertahanan yang mula beraksi buat PDRM FA sejak 2018.

Pada pendapat kami, kehadiran mereka wajarlah dialu-alukaan demi membantu mengisi kelompongan skuad kebangsaan di posisi tertentu buat masa ini terutamanya di posisi serangan dan pertahanan. Jika FAM memperkenalkan syarat umur maksim 30 tahun tersebut, kita hampir pasti terlepas untuk mendapatkan khidmat pemain-pemain ini.
Kita juga mengetahui bahawa FAM telah memulakan perancangan jangka masa panjang untuk mengumpulkan pemain naturalisasi Muda dengan memperkenalkan syarat 2 pemain import dengan usia maksima di bawah 20 tahun di liga M3, maka adalah baiknya FAM menunda dahulu syarat ‘Usia maksima 30 tahun’ untuk membolehkan seseorang pemain asing dinaturalisasikan. Adalah lebih baik syarat tersebut ditunda dahulu dan diperkenalkan pada 5 tahun yang mendatang, selaras dengan pengenalan syarat ‘Usia maksima di bawah 20 tahun’ ke atas pemain import liga M3.

FAM dan MFL perlu belajar daripada kesilapan mereka yang kerap memperkenalkan syarat-syarat baharu dalam liga tanpa sebarang kajian mendalam sehingga menyebabkan pelbagai peraturan di dalam liga mengalami perubahan dan pembatalan dalam jangka masa singkat.
#Footballlads

Day 3 (29/11/2019) Jumaat
Oleh sebab waktu di Medan adalah sstu jam lewat daripada waktu Malaysia, maka tiada masalah buat kami untuk bangun awal.
Sejak jam 7:30 lagi kami telah tercegat di jeti milik Rumah Penginapan Mafir. Kami perlu menaiki feei awal untuk menaiki Innova ke Berastagi. Kami terpaksa menumpang jeti rumah penginapan Mafir kerana tempat penginapan kami terletak di atas bukit. Kami amat berterima kasih kepada pemilik rumah penginapan ini kerana menawarkan kami untuk menggunakan jeti mereka walaupun kami tidak menginap di situ.
Feri belayar di hadapan kami kira-kira 15 minit kemudian. Kami melambai-lambaikan tangan sebagai isyarat bahawa kami ingin menaiki bot. Pekerja feri memberikan isyarat bahawa feri akan ke jeti seterusnya dahulu sebelum membuat pusingan ‘u-turn’.
Selepas itu, jeti pun menjemput kami. Kami naik ke atas feri dsn saya duduk di bahagian atas feri untuk menikmati pemandangan sekitar Danau Toba. Angin pagi yang segar dan nyaman amat membuatkan hati kami berbunga-bunga. Di dalam feri telah terdapat beberapa orang pelancong wanita dari Eropah dan beberapa negara Asia yang lain. Saya sempat berkenalan dengan sepasang pelancong Malaysia berbangsa Cina dan seorang gadis Perancis.
Tepat jam 8:30 pagi, kami tiba di Jeti Tiga Raja, Parapat. Kami terus menuju ke kaunter syarikat yang menguruskan pengangkutan kami ke Berastagi iaitu PT. BAGUS TAXI.
Jika tempoh hari, mereka mengatakan bahawa kereta akan bergerak pada jam 9-9:30 pagi, kali ini mereka mengatakan bahawa kereta kami akan bergerak pada jam 10:00 pagi.
Oleh sebab hari masoh awal, kami mengambil keputusan untuk bersarapan bakso di gerai Muslim yang terdapat di situ. Kami juga sempat bersiar-siar di pasar tani yang terdapat di situ.
Tepat jam 10:00 pagi kami menaiki Innova menuju ke Berastagi. Selain kami bertiga, terdapat dua orang pemumpang lain iaitu pasangan adik beradik Jerman yang ingin ke Bukit Lawang. Bukit Lawang terletak di sebelah utara medan dan memerlukan perjalanan selama 8 jam dari Parapat. Menurut pemandu, Bukit Lawang terletak di daerah Aceh dan antara perkara menarik yang terdapat di sana ialah terdapat kawasan pemeliharaan haiwan kawalan seperti Orang Utan, harimau dan Ular.
Pemandu cuba menarik perhatian saya dan rakan-rakan saya untuk ikut serta mereka ke Bukit Lawang, tetapi memandang kami cuma ada baki 3 hari di Medan, dan kami masih ada destinasi lain yang perlu dituju, kami menolaknya. Kami todak boleh mengubah destinasi ke tempat yang lebih jauh daripada Medan kerana kami telah tempah tiket penerbangan pulang melalui Bandara Kualanamu, Medan.
Perjalanan kami berlangsung dalam keadaan hujan lebat. Pada awalnya kami berhasrat untuk berhenti di Air Terjun Sipiso-piso, namun hasrat tersebut kami batalkan kerana hujan lebat. Apalah yang dapat kami lihat apabila hujan lebat? Tambahan pula, kami perlu menambah belanja tambahan sebanyak Rp100K untuk sebuah Innova jika ingin ke Sipiso-piso. Bayaran tersebut adalah untuk tiket masuk, minyak petrol dan juga bayaran parkir.
Jadi setelah bertanya kepada kelima-lima penumpang yang lain, tiada seorang pun yang ingin ke Sipiso-piso, jadi kami meneruskan perjalanan ke Berastagi.
Kami tiba di tempat penginapan kami di Berastagi kira-kira jam 2:00 petang. Kami menginap di Sibayak Multinasional Rest House. Tempat penginapan ini terletak di kawasan bukit dan agak jauh daripada kawasan bandar Berastagi yang sesak. Pemandangan di sini juga menarik kerana kami dapat melihat kawasan penanaman buah dari balkoni bilik kami.
Setelah berehat sebentar kami keluar untuk ke bandar Berastagi. Kami menahan angkot KAMA yang banyak melintas di hadapan rumah penginapan kami. Tambangnya hanyalah Rp3K. Pemandu angkot memberhentikan kami di sebuah restoran Minang yang terletak betul-betul di hadapan sebuah tugu termasyhur di Berastagi.
Di Berastagi, tidak sukar untuk mencari kedai makan muslim. Rumah makan muslim terletak di banyak tempat di sekitar bandar. Bandar Berastagi bukanlah ssbuah bandar yang besar. Tidak sukar untuk anda berjalan-jalan kaki di sini. Jika anda keletihan, tahan sahaja angkot dan nyatakan destinasi anda. Mereka akan menjemput anda untuk naik angkot mereka jika tempat yang ingin anda tuju sama dengan laluan mereka.
Pada petang itu kami melawat ke Muzium Karo yang terletak bersebelahan dengan Pajak Buah. Muzium ini hampir serupa seperti Muzium Batak di Tomok, Pulau Samosir iaitu menempatkan barang peninggalan lama seperti senjata, kraftangan, alat pemujaan dan sejarah-sejarah berkaitan dengan Kaum Batak Karo. Perbezaan muzium ini dengan Muzium Batak di Tomok ialah muzium ini menempatkan khazanah milik kaum Batak Karo manakala do sana menempatkan peninggalan kaum Batak Toba.
Mengapakah penduduk di Berastagi digelar sebagai kaum Batak Karo? Hal ini kerana mereka merupakan penduduk asal Berastagi yang juga disebut sebagai Tanah Karo.
Selain Batak Toba dan Batak Karo, kaum Batak juga boleh dibahagikan kepada empat lagi kumpulan iaitu Batak Mandailing, Batak simalungun, Batak Pakpak dan Batak Angkola.
Selepas tamat lawatan kami di Muzium Karo, kami pun pergi ke Pajak Buah. Kami berjalan-jalan di sekitar pajak buah untuk mencari buah tangan yang sesuai untuk di bawa balik ke Malaysia. Para penjual buah akan berusaha untuk memujuk anda agar membeli buah-buahan jualan mereka. Mereka juga akan mempelawa anda untuk merasa buah-buahan yang dijual di situ.
Antara buah yang terdapat di situ ialah buah salak, pisang kaki, terung belanda, mangga dan pelbagai jenis buah lagi. Saya telah membeli beberapa buah ‘magnet fridge’ sebagai buah tangan. Oleh sebab kami akan singgah di tiga buah kota, maka wajiblah untuk saya membeli buah tangan di setiap kota. Cukuplah berbelanja sedikit mengikut kemampuan anda demi keluarga dan sahabat di Malaysia.
Hujan pada ketika itu mula turun semula. Oleh itu kami berteduh di bangunan-bangunan kedai di bandar tersebut dan singgah di pasar mini Indomaret. Kami beli beberapa makanan ringan dan minuman untuk makan malam. Saya juga akan mula merebus mi segera yang saya bawa dari Malaysia.
Kami merancang untuk tidak makan di luar pada malam itu dan cuma berehat-rehat di bilik kami memandangkan cuaca di Berastagi pada waktu itu ialah 16 darjah celcius dan kami juga perlukan rehat kerana akan berangkat ke Bukit Gunduling pada awal pagi keesokan harinya.

Day 2 (28/11/2019) Khamis
Pada hari sebelumnya, kami telah membuat tempahan untuk penggunaan motor untuk satu hari dengan kadar bayaran Rp100K untuk sebuah motor. Jadi kami tempah dua buah motosikal kerana..
Kami merancang untuk bergerak awal ke Bukit Holbung kerana perjalanan ke sana akan mengambil masa selama lelbih kurang 2 jam. Tambahan pula pemilik Rumah Makan Mafir menasihati agar ke Bukit Holbung sebelum jam 1:00 petang kerana cuaca akan bertukar menjadi panas terutama di atas bukit yang hanya diliputi oleh rumput-rumput kecil.
Oleh sebab motosikal hanya boleh diambil pada jam 8:00 pagi, jadi menunggu di Restoran Mafir sambil google tempat-tempat menarik lain. Tepat jam 8:00 pagi, kami pun memukakan ekspedisi kenbara bermiotosikal kami.
Perjalanan dari Tuk Tuk dengan motosikal amat menyeronokkan kerana pada waktu itu cuaca amat nyaman dan kami dapat melihat para penduduk telah mula sibuk bertani dan melakukan tugasan harian mereka. Di sepanjang perjalanan kami dapat menyaksikan kawasan pertanian penduduk Pulau Samosir seperti Sawah padi dan ladang-ladang.
Jalan raya yang kami lalui terletak di kawasan bukit-bukau dan berdekatan dengan kawasan pinggir tasik. Jadi, dapatlah kami lihat air tasik yang membiru dan bukit-bukau yang menghijau.
Setelah kira-kira satu jam, kami tiba di kawasan bukit-bukau yang indah. Kami juga berhenti di beberapa lokasi untuk mengambil gambar. Apabila kami lihat kepada maps, kami dapati Menara Padang Tele tidak berada begitu jauh daripada lokasi kami berada. Setelah membuat pengiraan masa, jarak dan mengesan laluan alternatif ke Bukit Holbung dari Menara Pandang Tele, kami mengambil keputusan untuk ke menara tersebut sebelum meneruskan perjalanan ke Bukit Holbung.
Kami tiba di Menara Pandang Tele kira-kira jam 9:45pagi iaitu 1 jam 45 minit daripada Tuk Tuk.Kami lihat para pengunjung perlu membayar Rp7K untuk menaiki menara pandang Tele bagi menyaksikan pemandangan Pulau Samosir dari atas menara tele yang merupakan salah satu puncak tertinggi di Samosir.
Menara Pandang Tele tidak berada dalam senarai destinasi kami. Oleh sebab kami akan menyaksikan pemandangan Danau Toba dan Pulau Samosir dari atas Bukit Holbung, jadi kami tidak bercadsng untuk mengeluarkan bayaran di Menara Pandang Tele. Kami hanya berhenti di situ kira-kira 40 minit dan menyambung perjalanan ke Bukit Holbung.
Dari Menara Pandang Tele, anda harus membelok ke sebelah kiri dan melalui laluan menuruni bukit yang agak mencabar. Laluan tersebut agak curam dan berliku-liku seperti ‘ular kena palu’. Setelah itu anda akan melalui perkampungan Batak untuk ke Bukit Holbung. Perjalanan dari Menara Pandang Tele ke Bukit Holbung adalah selama 50 minit. Jalan agak licin kerana di kawasan tersebut baru sahaja dibasahi hujan dan kualiti jalan yang teruk akan membuatkan anda mudah tergelincir atau terjatuh.
Setelah melalui perjalanan yang mencabar, akhirnya kami tiba di kaki bukit Holbung pada jam 11:15 pagi. Untuk naik ke atas Bukit Holbung, anda akan dikenakan bayaran masuk dan parking. Tiada tempat parking khas tapi anda tetap kena bayar kerana Bukit Holbung kelihatan seperti kawasan privasi. Untuk parking dua buah motor dan tiket masuk untik tiga orang, kami dikenakan bayaran Rp25K.
Sememangnya Bukit Holbung merupakan destinasi wajib pergi jika anda berada di Pulau Samosir. Perjalanan jauh dan mencabar anda adalah berbaloi apabila anda berada di sini. Lokasinya di pinggir tasik Danau Toba dan keadaan bukit yang beralun-alun dan dilitupi dengan rumput-rumput hijau telah menjadikan kawasan ini cukup indah dan menjadi lokasi hebat untuk sesi fotografi.
Perjalanan daripada pintu gerbang Bukit Holbung ke Puncak utama Bukit Holbung agak jauh. Anda perlu mendaki dan menuruni beberapa puncak bukit yang lebih rendah untuk tiba di puncak utama Bukit Holbung. Pemandangan di atas puncak amatlah cantik sehingga membuatkan anda leka bahawa masa telah berlalu pantas.
Tidak hairanlah jika Pulau Samosir ini mendapat gelaran sebagai ‘Kepingan Surga’. Kami yang meminati fotografi terlalu asyik untuk menangkap gambar keindahan Pulau Samosir dari atas puncak sehingga kami tidak perasan bahawa cuaca di kawasan tersebut telah mulai mendung dan titisan air hujan telah mulai turun.
Kami bergegas turun agar tidak kebasahan. Hujan semakin lama semakin lebat. Sebaik sahaja kami tiba di pondok kaunter tiket. Hujan turun dengan lebat membahasahi bumi.
Kami bertuduh di deretan pondok di situ sehingga hujan berhenti. Oleh sebab cuaca yang agak buruk kami telah membatalkan hasrat kami untuk ke air terjun …. dan pantai …. Kami khuatir sekiranya keadaan di sana kurang sesuai akibat hujan lebat. Sebaik sahaja hujan berhenti turun, jam telah menunjukkan pukul 13:15 petang.
Oleh sebab kami harus memulangkan semula motosikal pada jam 5:00 petang dan kami masih perlu pergi destinasi lain yang wajib dilawati di Pulau Samosir iaitu Tomok atau Ambarita. Oleh sebab masa yang semakin sunyuk, kami membuat keputusan untuk ke Tomok dan tidsk berhenti di Ambarita. Di Tomok terdapat Muzium Batak dan pasar Batak yang menjuak cenderamata. Perjalanan dari Bukit Holbung ke Tomok memakan masa kira-kira 1 jam 15 minit.
Dalam perjalanan, kami berhenti do kedai runcit yang menjual minyak petrol. Minyak petrol ada dijual di sepanjang perjalanan. Minyak petrol dijual di dalam botol- botol Coca-Cola bersaiz besar. Kami mengisi tiga botol minyak petrol dan setiap satu berharga Rp10K.
Perjalanan dengan motosikal di Pulau Samosir amat mudah dan menyeronokkan. Kenderaan tidak begitu banyak seperti di kota-kota manakala tiada sesiapa yang menahan anda walaupun anda tidak mempunyai lesen memandu Indonesia. Anggota polis yang sedang mengadakan sekatan laku lintas juga akan sekadar menyuruh anda jalan kerana mungkin mereka tahu kita ialah pelancong asing.
Kami tiba di Tomok pada jam 15:30pagi. Muzium Batak terletak bersebelahan dengan pasar Batak. Anda perlu melalui pasar Batak untuk ke Muzim. Sepanjang laluan, anda akan dipujuk rayu oleh para peniaga agar membeli hasil kraftangan yang dijual oleh mereka.
Jika anda tidak berhasrat untuk membelinya, senyum sahaja kepada mereka dan jalan terus. Muzium Batak adalah berbentuk seperti rumah tradisional Batak. Tiada bayaran masuk yang dikenakan, namun anda digalakkan untuk menderma mengikut kemampuan.
Di sana anda akan dapat menyaksikan pelbagai peninggalan zaman dahulu kaum Batak seperti kraftangan, perhiasan diri,senjata,alat pemujaan dan alatan dukun dan patung-patung kepercayaan masyarakat dahulu kala. Anda juga boleh mencuba pakaian Batak di sana dan bergambar dengan dikenakan sebarang bayaran.
Selepas itu kami pun membeli sedikit cenderahati dari pasar Batak dam berangkat pulang ke Tuk Tuk. Kami makan lewat petang di Warung Jawa dan memulangkan motosikal yang telah kami sewa.
Pada waktu malam, kami makan malam di Rumah Makan Muslim Mafir dan selepas itu menikmati persembahan Live Music di Roy Pub. Kami hanya memesan sebotol Coca Cula sekadar cukup syarat. Kami tidak memesan makanan atau minuman lain kerana di premia tersebut ada menjual minuman keras. Kebanyakan pengunjung premis tersebut ialah pelancong asing dari Barat.
Selepas itu,mata mengantuk dan kami pulang untuk berkemas-kemas kerana kami bercadang untuk berada di jeti pada jam 7: 45 pagi untuk naik feri awal ke Parapat.Kami akan menaiki Innova yang telah kami tempah untuk menuju ke Berastagi.

Oleh: Hairi Mohd
Pada 14 Januari 2019, Malaysian Football League (MFL) telah meluluskan permohonan Pahang untuk mendaftarkan pemain naturalisasi Mohamadou Sumareh sebagai pemain tempatan dalam saingan Liga Malaysia 2019. Mohamadou Sumareh dibenarkan didaftarkan sebagai pemain tempatan kerana beliau telah tinggal di negara ini sejak usia 12 tahun, maka beliau telah menetap di negara ini lebih daripada 10 tahun.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam juga mengesahkan bahawa:
Rujuk:
https://www.malaysianfootballleague.com/portal/news-details?id=139
“Peraturan Manual Liga Malaysia menetapkan syarat bagi pemain naturalisasi hanya boleh didaftarkan sebagai pemain tempatan 5 tahun selepas pemain tersebut mendapat pasport warganegara yang sah”
Oleh itu, rumusan yang dapat saya buat adalah, bagi pemain asing yang lain:
*Untuk mendapatkan passport, pemain perlu bermain 5 tahun di Liga M
*Untuk didaftarkan sebagai pemain tempatan, pemain perlukan mempunyai passport Malaysia sekurang-kurangnya 5 tahun.
*Jadi, untuk mendapatkan status pemain tempatan dalam Liga Malaysia, pemain perlukan tempoh 10 tahun berada di liga Malaysia.
Adakah peraturan ini masih diguna pakai atau telah dihapuskan?
Adalah merugikan Liga Malaysia jika peraturan ini masih digunapakai sedangkan pemain naturalisasi tersebut telah layak mewakili skuad negara. Jadi pengiktirafan status pemain tempatan kepada mereka, boleh membantu pasukan mempunyai mengisi pemain asing lain ke dalam pasukan. Oleh itu kualiti liga dapat dipertingkatkan.
Jika kita lihat di negara seberang, Liga 1 Indonesia memaksimumkan jumlah pemain asing kepada 4 orang. Kita ambil contoh Bali United. Pada Mei 2019, Bali United telah mendaftarkan 4 orang pemain asing mereka iaitu Willian Pacheco (Brazil), Melvin Platje (Belanda), Paulo Sergio (Portugal) dan Brwa Nouri (Iraq), manakala Ilija Spasojevic (naturalisasi Montenegro) yang baru sahaja mendapat status warganegara/pemain naturalisasi Indonesia telah didaftarkan sebagai pemain tempatan.
Untuk rekod, Ilija Spasojevic telah mula bermain di Indonesia bersama dengan Bali Devata pada tahun 2011, tetapi pernah bermain dua musim di Liga Malaysia iaitu bersama Melaka United pada musim 2016 & 2017.
Kesimpulannya, pada pendapat saya, tiba masanya MFL duduk dan melihat semula beberapa peraturan yang terdapat di dalam manual Liga Malaysia. Peraturan-peraturan yang dianggap tidak menguntungkan Liga Malaysia seperti di atas wajar digubal atau dihapuskan kerana tidak mendatangkan faedah kepada Liga tempatan. Mana mungkin pemain yang telah diakui statusnya oleh Fifa sebagai pemain naturalisasi tetapi dinafikan hak sebagai pemain tempatan/naturalisasi di liga sendiri.
Apakah perbezaaannya mereka dengan pemain naturalisasi darah kacukan yang lain apabila mereka juga mendapat passport pada tempoh masa yang sama dengan pemain kacukan tempatan, malah pemain naturalisasi ini pastinya lebih mengenali Liga Malaysia berbanding dengan pemain naturalisasi kacukan yang baru sahaja kembali ke negara ini terus beraksi di Liga Malaysia dan diberi kesempatan menyarung jersi negara.
Persoalannya kini, adakah Liridon Krasniqi dan Guilherme De Paula masih berstatus pemain import untuk 5 tahun lagi?

Kembara berjemaah kami ke Medan (Danau Toba, Berastagi dan Kota Medan melibatkan kami bertiga iaitu saya, rakan sekuliah di Uitm dahulu iaitu Faizol dan rakan sekolah saya iaitu Hong Seng. Kembara Jemaah Backpacker kami mengambil masa semalam 5 hari dan menelan belanja kurang daripada Rm400 di sana. Antara pengangkutan yang kami gunakan ialah kapal terbang, bas, feri, motosikal, Toyota Innova, angkot dan bas mini. Di bawah ini adalah bingkisan pengalaman 5 hari kami di sana.
Day 1 (27 November/Rabu 2019)
Jadual penerbangan kami adalah pada jam 10:35 pagi. Kebiasaannya, waktu yang terbaik untuk tiba di lapangan terbang adalah tiga jam sebelum boarding. Kesemua kami bekerja dan tinggal di tempat berasingan, jadi kami telah berkumpul di KLIA tepat jam 8:00 pagi iaitu 2 jam 30 sebelum berlepas. Oleh sebab saya telah daftar masuk atas talian dengan mengggunakan ‘mobile check in’ , maka sebelum mendaftarkan masuk di airport, saya telah ‘print’ boarding pass saya di mesin ‘self check in’ terlebih dahulu.


Penerbangan ke Medan mengambil masa lebih kurang 45 minit hingga satu jam sahaja (dekat je). Oleh sebab waktu Medan (WIB) adalah lewat satu jam daripada Malaysia, maka kami mendarat di Medan pada jam lebih kurang 10:35 pagi juga (11:35 pagi).
Semasa mendarat di Medan, anda perlu tahu bahawa jika anda keluar daripada pintu belakang pesawat, anda perlulah menerusi tangga pesawat, berjalan kaki dan menaiki bas yang disediakan untuk ke balai pemeriksaan, manakala jika anda keluar dari pintu hadapan, pesawat anda akan disambungkan oleh aerobridge dengan bandara dan terus ke balai pemeriksaan.
Setelah selesai segala urusan, kami bergegas keluar daripada airport dan mencari grab car. Sebab apa kami menggunakan grab? Kerana kami ingin mengejar masa. Dari airport, kami perlu ke terminal amplas untuk menaiki dan seterusnya perlu tiba ke Jeti Tiga raja di Parapat sebelum feri terakhir iaitu pada jam 7:30 malam. Jadi pengangkutan yang terbaik ialah grab. Tambang grab adalah sebanyak Rp184k termasuk jalan tol. Oleh sebab kami bertiga, jadi setiap orang membayar kira-kira Rp 61.33K. Perkhidmatan lain seperti bas Damri, teksi juga ada disediakan (maklumat terperinci ada dalam itinerary yang saya sediakan).
Kami menempah grab car dengan menggunakan wifi airport. Kami tidak ingin membeli simcard (kartu) di Bandara kerana pasti harganya lebih mahal. Dalam perjalanan kami meminta pertolongan pemandu grab untuk berhenti di tempat membeli kartu. Pemandu grab mencadangkan kami membeli kartu Telkomsel kerana coverage terbaik. Kami beli kartu Telkomsel dengan isian data 6.5GB berharga Rp130. Kami cuma beli 1 simcard dan kongsi tiga orang. Simcard dan data untuk memudahkan pergerakan kita mencari maklumat dan destinasi kita.
Setelah setengah jam perjalanan, kami tiba di Amplas stesen pada jam 11:30. Stesen ini kecil sahaja dan agak using. Grab car terus berhenti di tepi bas berwarna putih biru. Nama bas ialah Bas Sejahtera. Kami naik dan terus duduk di bahagian belakang tepi tingkap.
Tujuannya ialah kami ingin melihat pemandangan luar dan melihat gelagat penduduk tempatan di dalam bas. Iyalah, mengembara bukan hanya untuk melihat keindahan alam tetapi untuk belajar cara hidup dan budaya orang lain kan? Tiket dibayar di dalam bas dan tiket bas ke Parapat berharga Rp. 40K seorang @ RM 11.93.
Perjalanan akan mengambil masa kira-kira 4 jam (162km). Sila tambahkan satu jam dalam bajet anda sekiranya berlakunya kesesakan jalan raya. Kota Medan memang macet gila! Setelah bas hampir penuh dengan penumpang, bas kami bergerak pada jam 12:30 Perjalanan akan melalui beberapa lokasi utama di Medan seperti di Tebing Tinggi, Permatang Siantar dan berakhir di Parapat.
Seronok kerana dapat menjamu mata dengan pemandangan sekitar dan melihat cara hidup yang berbeza dengan kita. Apabila hamper tiba, pesan kelendan bas agar memberhentikan anda di jeti Tiga Raja.
Kami tiba di Parapat pada jam 16:30, kami pun bergegas ke jeti untuk ke Pulau Samosir. Tapi sebelum menaiki feri, saya pergi ke kaunter pengangkutan sewa ke Berastagi iaitu PT. Bagus Holidays.
PT Bagus Holidays terletak di bahagian penjuru bangunan kedai-kedai di sebelah kiri anda. Di situ, saya telah menempah pengangkutan Toyota Innova untuk ke Berastagi pada hari ke-3. Tempahannya mudah dan anda tidak perlu memberikan wang deposit.
Anda juga boleh mengambil nombor telefon mereka dahulu, dan membuat tempahan dengan menggunakan aplikasi whatsapp setelah anda benar-benar yakin ingin menggunakan perkhidmatan mereka. Harganya ialah Rp150k seorang. Jika ingin ke Berastagi, anda perlu berada di kaunter dengan awal kerana pemandu akan bertolak pada jam 10:00 pagi.
Di jeti, terdapat feri ke Tuk Tuk dan ke Tomok. Perkhidmatan feri akan tamat sekitar jam 7:00pm-7:30pm. Jadi rancanglah perjalanan anda sebaik mungkin supaya tidak ketinggalan feri ke Samosir. Oleh sebab penginapan kami ialah di Pulau Samosir terletak di Tuk Tuk, jadi kami ambil feri ke Tuk Tuk dengan caj Rp 15k @ RM5 seorang.
Perjalanan ke Tuk Tuk akan mengambil masa kira-kira 30 minit. Sila beritahu kepada si pengutip wang tentang lokasi tempat penginapan anda. Feri akan berhenti di jeti terdekat dengan tempat penginapan anda. Kebanyakan hotel dan rumah penginapan mempunyai jeti tersendiri.
Setelah tiba di Tuk Tuk, kami berjalan kaki ke tempat penginapan kami. Sebenarnya fokus kembara kami adalah untuk pergi kembara dengan kos yang rendah dan berbaloi. Oleh sebab terlalu focus dengan hasrat mencari penginapan yang murah, kami telah menempah penginapan di tempat paling murah di sini iaitu di Tuk Tuk View Inn.
Pada pemikiran kami, “ahh… buat apa sewa di tempat yang mahal-mahal, asalkan dapat mandi dan tidur cukuplah. Lagipun masa kami pasti dihabiskan di jalanan, keluar pagi, balik lewat petang, malam pasti kami akan keluar semula”. Kami membuat tempahan bilik di Agoda.com, kami ada membaca review dan banyak juga yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan dan tahap kebersihan mereka. Tapi oleh sebab degil, kami tempah juga.
Tempat penginapan kami terletak di lokasi yang strategik iaitu di atas sebuah bukit. Dari bilik anda, anda dapat lihat kawasan bukit bukau dan juga air tasik Danau yang membiru. Kebaikan bilik yang kami tempeh ialah lokasinya kami amat strategik dan menarik kerana anda dapat melihat pemandangan Danau Toba dari tempat tinggi.
Keburukannya pula ialah kelengkapan di dalam bilik amat mendukacitakan. Di dalam bilik tidak terdapat kipas, manakala ada satu sahaja soket pengesa manakala di dalam bilik air hanya terdapat kolah air tanpa shower. Tong sampah juga tidak disediakan.
Terdapat juga nyamuk di sana-sini dan nyalaan lampu yang agak malap pada malam hari. Jarak ke kedai runcit dan kedai makan juga agak jauh kerana anda perlu menuruni bukit dan suasana amat gelap pada waktu malam. Jadi, kami tidak syorkan tempat penginapan ini untuk anda inap. Sesiapa yang tidak kisah, asalkan dapat harga termurah.. Silakan. Oleh sebab telah membuat pembayaran untuk tiga hari dua malam, jadi kami relakan saja diri menginap di sini. Tak mau kerugian kan….
Sebenarnya sebelum check In di Tuk Tuk View Inn kami makan dahulu di Rumah Makan Muslim Mafir. Pemiliknya ialah seorang wanita Batak Muslim dalam lingkungan 50an. Jika anda inginkan sebuah penginapan yang berharga sederhana tetapi lengkap dengan perkhidmatan sewa kereta/motor, urut badan, rumah makan Muslim, kedai cenderamata dan kedai runcit anda boleh berhubung dengan beliau.
Beliau merupakan pemilik Rumah Penginapan Mafir/Rumah Makan. Beliau sangat mudah memberikan bantuan dan maklumat tentang pelancongan anda. Hantarkan whatsapp ke ……. dan deal lah harga dengan beliau. Beliau akan memberikan harga terbaik kepada anda.
Pada waktu malam, kami makan malam di Rumah Makan Islam Murni. Kami bersiar-siar di kawasan sekitar dan akhirnya kembali ke bilik awal dan masuk tidur kerana keletihan setelah seharian dalam perjalanan.

Oleh: Hairi Mohd
Berdasarkan kenyataan Tunku Mahkota Johor sebelum ini, beliau akan mengekalkan skuad yang ada. Hal ini menyaksikan bahawa kesemua pemain pada musim 2019 telah mula kembali menjalani latihan bersama pasukan termasuklah kesemua pemain import musim 2019 lalu iaitu Diogo, Gonzalo Cabrera, Leandro Velázquez, Mauricio dan juga Harris Harun.
Walaubagaimanapun, persoalan di minda penyokong mula tercetus apabila menyaksikan bakal pemain naturalisasi negara iaitu Don Rimau dilihat menjalani latihan bersama skuad Harimau Selatan tersebut.
Para penyokong mula berteka-teki siapakah yang bakal mengisi 3 tempat slot pemain import antarabangsa JDT iaitu sama ada Diogo, Leandro Velázquez, Mauricio atau Don Rimau akan dibawa masuk ke skuad JDT, manakala salah seorang pemain di atas akan diturunkan ke skuad JDTII atau disingkirkan akhirnya.
Banyak peminat yang mahu Don Rimau didaftarkan sebagai pemain tempatan agar pemain import import JDT boleh dikekalkan, namun harus diingat bahawa status Don Rimau masih kekal sebagai pemain import sehingga dijangka dapat didaftarkan sebagai pemain naturalisasi negara pada Mac nanti.
Di sini saya ada membuat dua kemungkinan tentang di manakah letaknya Don Rimau sekiranya beliau didaftarkan bersama skuad Harimau Selatan tersebut. Sebelum ini marilah kita rujuk dahulu beberapa tarikh penting tentang Liga Malaysia 2020
1. Kesemua pasukan Liga M dibenarkan membuat pendaftaran pemain musim 2020 dari 16 Januari-15 Mac 2020 iaitu sebulan selepas kesemua pasukan menyerahkan bajet mereka kepada MFL untuk dinilai selaras dengan pelaksanaan Economic Control Programme (ECP).
2. Sepak Mula Liga M hanya akan bermula pada 28 Februari 2020.
3. Berdasarkan maklumat FAM lalu, Don Rimau hanya boleh didaftarkan sebagai pemain Malaysia sekitar Mac 2020.
Maka, berdasarkan tarikh-tarikh penting dio atas, pendapat saya, kedudukan Don Rimau adalah seperti berikut:
Oleh sebab tarikh pendaftaran pemain akan bermula pada 16 Januari 2020 dan tamat pada 15 Mac, terdapat beberapa Kemungkinan:
1. Don Rimau akan didaftarkan pada 16 Januari 2020 sebagai pemain import JDTII dan Leandro Velázquez dikekalkan dalam skuad JDT. Oleh sebab status JDTII sebagai kelab pembangunan JDT, maka sebaik sahaja Don Rimau mendapat passport tanah air, Don Rimau akan diserap secara bebas di luar pintu perpindahan ke dalam skuad JDT (kelebihan skuad pembangunan), manakala Leandro Velázquez selamat di JDT kerana status Don Rimau yang telah bertukar kepada pemain naturalisasi tidak menggugat kedudukannnya selaku pemain import.
2. Don Rimau didaftarkan selaku pemain import JDT manakala Leandro Velázquez dipindahkan ke JDTII. Oleh sebab tarikh perpindahan pemain hanya akan tamat pada 15 Mac 2020 dan Kemungkinan status pemain naturalisasi Don Rimau boleh diketahui sebelum tarikh tutup perpindahan, maka JDT masih sempat untuk mengubah pendaftaran tersebut dengan memindahkan semula Leandro ke JDT
3. Jika pada hari esok TMJ membuat sebarang kejutan dengan membawa masuk pemain import baharu atau menukar pemain import sedia ada. Keadaan Don Rimau tetap tidak akan berubah seperti no.2 dan no.3
Pada pendapat saya, Don Rimau merupakan prospek penting buat kesemua pasukan gergasi Liga M 2020. Dengan status beliau yang hampir pasti bergelar pemain naturalisasi dan rekod cemerlang beliau dalam Liga Malaysia, pasti setiap pasukan gergasi mahukan pemain seperti Don Rimau.
Walaupun pengurusan JDT masih lagi berdiam diri dan tidak mmemuktamadkan status rasmi Don Rimau, namun pada pendapat saya, pemain ini Kemungkinan telahe mendapat jaminan sama ada secara lisan atau apa jua perjanjian lain daripada JDT tentang kedudukannya bersama skuad juara tersebut. Secara logiknya, Don Rimau sememangnya memerlukan pasukan secepat mungkin bagi memastikan dirinya dapat beraksi dalam Liga Malaysia 2020 dan seterusnya mendapat status pemain naturalisasi untuk beraksi bersama Harimau Malaya dan kekal di Liga Malaysia.
Don Rimau juga telah memuat naik status di laman sosial instagram seolah-olah bahawa masanya akan tiba untuk beliau bergelar pemain tempatan. Walaupun tiada sebarang kata-kata pada status tersebut, namun foto bendera Malaysia berserta perkataan (Coming Soon) pada baju beliau jelas memberikan maksud status tersebut.
Logiknya, jika Don Rimau tidak mendapat jamin untuk beraksi buat skuad Harimau Selatan tersebut, nescaya beliau kini telah didekati oleh pasukan-pasukan gergasi tanah air lain dan mustahil Don Rimau masih berada di bumi Selatan bersama masa hadapan yang belum pasti. Pasti Don Rimau telah angkat kaki dan menerima lamaran kelab yang sedia menandatangi beliau.
Oleh itu, saya meramalkan bahawa Don Rimau sememangnya telah mendapat tempat di JDT dan kelab tersebut hanya menunggu masa yang sesuai untuk mengumumkan perkara tersebut kepada media.
* Walaubagaimanapun, kesemuanya bergantung terhadap “Peraturan Manual Liga Malaysia. Sama ada pihak berwajib (MFL) masih mengekalkan syarat bagi pemain naturalisasi iaitu hanya boleh didaftarkan sebagai pemain tempatan 5 tahun selepas pemain tersebut mendapat pasport warganegara yang sah atau telah melakukan rombakan terhadap syarat tersebut.

Dulu Kembara Solo Kini Berjemaah
Semangat untuk kembara dan melihat dunia luar kembali lagi. Selalunya saya akan bergerak secara solo semasa mengembara ke luar negara untuk melihat dunia asing. Bukan apa, kembara solo akan memberikan lebih kepuasaan kepada diri kerana segala keputusan dan perkara yang dilakukan adalah bebas mengikut perancangan dan masa kita. Selain itu kembara solo juga baik untuk membina ‘self confident’ diri kerana semangat percaya diri akan melonjak tinggi kerana kita berjaya mengharungi segalanya seorang diri.
Faedah Kembara Berjemaah
Namun, kali ini saya ingin mengambil pengalaman baharu iaitu kembara backpacker secara berjemaah iaitu berkumpulan. Kenapa kali ini saya pilih kembara secara berjemaah? Kembara secara berjemaah juga mendatangkan banyak faedah kepada kita. Salah satunya ialah keselamatan kita akan lebih terjamin, selain itu, kos kembara juga boleh dijimatkan (kos pengangkutan dan penginapan) dan segala tugasan untuk merencana kembara juga dapat dikurangkan kerana adanya pembahagian tugas.
Untuk percubaan pertama kembara berjemaah iaitu berkumpulan ini saya cuba untuk kembara ‘short distance’ dahulu iaitu kembara ke tempat yang tidak jauh daripada Malaysia dan melibatkan kos yang tidak begitu tinggi.
Oleh itu, sasaran utama saya untuk kembara berjemaah kali pertama ini ialah Indonesia dan destinasi yang saya pilih ialah Medan.
Kenapa Medan?
Sebenarnya kembara ke Medan ini tidak pernah menjadi destinasi impian saya, saya tidak pernah mengimpikan atau mempunyai rancangan untuk ke Medan, tapi akhirnya inilah destinasi kembara kami. Segala-galanya bermula dengan begitu pantas dalam masa kurang 5 jam. Sekitar bulan Julai lalu, saya ada terbaca tentang promosi Air Asia berkaitan dengan tiket penerbangan ke sekitar Indonesia. Lantas saya pun menghubungi dua orang rakan saya untuk bertanya sama ada mereka ingin terbang bersama saya ke Indonesia pada penghujung tahun 2019.
Oleh sebab kami memang telah lama berencana untuk keluar backpacker bersama-sama, maka persetujuan dicapai dengan mudahnya. Perancangan pertama saya adalah sama ada ke Bali, Aceh, Jakarta ataupun Surabaya. Namun, setelah perbincangan singkat antara kami, salah seorang rakan kami yang telah pergi bercuti ke Indonesia berjaya meyakinkan kami untuk cuba berbackpacker ke Medan kerana pada pendapatnya Medan ialah destinasi terbaik untuk kami bercuti.
Oleh sebab dasar percaya antara kami, saya terus ‘booking‘ tiket penerbangan untuk saya dan dua sahabat kami kami kerana promosi tiket penerbangan Air Asia akan tamat pada keesokan harinya. Tiket yang kami booking adalah tiket pergi (KUL-KNO) bertarikh 27/11/2019 dan tiket pulang (KNO-KUL) bertarikh 1/12/2019. Jadi, secara matematiknya kami akan bercuti di Indonesia selama 5 hari 4 malam (5D/4N). Penerbangan kami akan bermula di Lapangan Terbang KLIA2 dan mendarat di Bandara Kualanamu,Medan.

Kenapa kami pilih Untuk Terbang ke Medan dan bukan ke Silangit?
Nanti akan kami perjelaskan.
LANGKAH-LANGKAH PERSEDIAAN UNTUK BACKPACKER:
Setelah selesai tugasan booking tiket, antara perkara yang perlu kita lakukan ialah:
1. Wujudkan Kumpulan Whatsapp antara ahli kembara.
Kewujudan kumpulan whatsapp amat penting agar segala maklumat dan informasi terkini dapat dikongsikan bersama dengan semua ahli kembara. Segala pembahagian tugasan juga mudah dilakukan dengan adanya aplikasi ini.

2. Membuat Kajian ringkas tentang destinasi yang ingin kita pergi
Oleh sebab tarikh penerbangan kami adalah pada penghujung bulan November, maka kami mempunyai masa yang cukup untuk membuat segala perancangan. Kami telah merujuk kepada google tentang destinasi-destinasi pelancongan (dalam bahasa Indonesia ianya digelar sebagai wisata). Selain itu kami juga merujuk kepada blog-blog kembara pengembara lain yang pernah ke sana, jadi tugasan kami semakin mudah.

3. Pembahagian Tugasan.
Melalui kajian ringkas kami, kami menetapkan bahawa kembara yang kami namakan ‘Medan 2019’ akan meliputi 3 lokasi utama iaitu Danau Toba, Berastagi dan Kota Medan. Ketiga-tiga lokasi ini ialah lokasi wajib yang perlu kami singgah sepanjang 5 hari kembara ini. Maka, oleh sebab kami pergi bertiga, maka saya membahagikan tugas untuk mencari maklumat kepada tiga lokasi. Maksudnya setiap ahli kembara akan mencari maklumat untuk setiap lokasi.

4. Penghasilan itinerari
Setelah segala maklumat berkaitan destinasi utama yang kami akan pergi, tugasan menyusun itinerary akan saya lakukan. Tugasan melakukan itinerari ini ialah tugasan yang paling berat sekali. Kenapa paling berat?
Tugasan melakukan itinerary adalah melibatkan pengiraan masa dan jarak dari suatu tempat ke suatu tempat, jenis pengangkutan yang boleh digunakan dan ramalan kos keseluruhan. Maka tugas yang paling berat ini telah saya ambil. Penghasilan itinerary boleh dilakukan dengan menggunakan Microsoft Excel ataupun Micorsoft Words.
Itinerari yang paling sesuai adalah dalam bentuk jadual. Melalui bentuk jadual, anda boleh membahagikan jadual kepada bentuk lajur dan baris. Pada bahagian baris, anda boleh membahagikan baris kepada jumlah hari kembara anda manakala pada bahagian lajur anda boleh membahagikannya kepada destinasi, masa bertolak dan sampai, tempoh dan jarak perjalanan, jenis pengangkutan dan nota tambahan.
Penghasilan itinerari kebiasaannya mengambil masa yang panjang dan perlu adanya perbincangan dengan rakan sekerapnya. Penggunaan aplikasi seperti Maps, Waze dan google earth amat penting kerana melalui penggunaan aplikasi ini anda akan mengetahui jarak daripada suatu lokasi ke lokasi yang lain, dan tempoh perjalanannya bergantung kepada kenderaan yang anda pilih. Gunakan aplikasi maps dengan sebaiknya untuk membantu perancangan itinerari anda.

Melalui perbincangan dan kajian anda, pasti ada beberapa wisata yang terpaksa anda keluarkan daripada senarai bergantung kepada bajet dan jumlah hari kembara anda. Bincangkan hal tersebut dengan rakan-rakan anda sebelum membuat sebarang keputusan, Ingat, anda pergi mengembara secara berjemaah dan bukan solo, oleh itu segala keputusan perlulah mendapat persetujuan bersama untuk mengelakkan segala masalah salah faham.
Buat perbincangan bersama dengan rakan-rakan anda dan pilih lokasi penginapan yang sesuai untuk anda. Penginapan yang terbaik untuk kembara backpacker ialah tempat penginapan yang berada di lokasi strategik iaitu berdekatan dengan wisata, pengangkutan awam dan tempat makan.
5. Persediaan Akhir

6. Jom terbang!