SETELAH KEJAYAAN JOKER, MARVEL WAJAR MENGANGKAT MAGNETO UNTUK MENYAINGI DC.

Oleh: Hairi Mohd

Marvel gemilang dengan siri adiwira seperti Ironman, Thor, Spiderman,Avengers dan X-Men di layar perak tapi mereka belum mampu mencipta filem tentang watak Villain mereka ke layar perak seperti yang DC lakukan terhadap Joker.

Joker diterima banyak kerana variasi yang terdapat dalam watak ini. Joker mewakili manusia yang mengalami penderitaan hidup dan pemberontakan mental akibat daripada tindak balas manusia sekeliling. Joker mengalami transformasi daripada seorang mangsa kepada pemangsa.

Adakah Marvel tidak mempunyai watak villain yang cukup kuat untuk dijadikan sebuah filem?

Pada pendapat saya, Marvel juga mempunyai villain yang mempunyai aura kuat yang tersendiri dan melalui jalan hidup yang berliku dan penuh penderitaan seperti Joker.

Joker: sebuah filem tentang kisah hidup seorang villain yang mendapat sambutan hebat di seluruh dunia. Suatu kejayaan besar buat DC.

Siapakah watak tersebut? Pada pendapat saya, watak yang sesuai dibuat filem khas ialah Magneto daripada siri X-Men. Magneto merupakan seorang villain cukup istimewa dan perwatakan yang sukar diduga. Magneto mempunyai persamaan seperti Joker dan kisah hidup yang agak serupa.

Magneto dikenali dengan nama Eric Lehnsherr. Nama sebenar beliau ialah Max Eisenhardt. Eric dilahirkan dalam sebuah keluarga Jerman berbangsa Yahudi. Semasa Perang Dunia II, Eric telah dikesan mempunyai kuasa mutan dan beliau dipisahkan dari keluarganya dan dibawa ke makmal rahsia untuk penyelidikan. Orang tuanya ditahan di kem tahanan Auschwitz. Orang tuanya telah mati dibunuh manakala Eric dibiarkan untuk terus hidup.

Kemunculan Michael Fassenber sebagai Eric Lehnsherr/Magneto muda dalam filem X-Men: First class

Karakter dan perjuangan Magneto sering disamakan dengan pejuang dan pemimpin hak asasi di Amerika Syarikat iaitu Malcolm X dan pemimpin Jewish Defense League iaitu Meir Kahane.

Malcolm X merupakan seorang pejuang Hak Asasi Manusia berkulit hitam dan beragama Islam di Amerika Suarikat yang sangat terkenal suatu masa dahulu.

Sejak kecil Eric atau Magneto telah mengalami penderitaan hidup apabila ibunya dibunuh di hadapan matanya di pusat tahanan Auschwitz.

Ketika kecil Eric telah dipisahkan daripada orang tuanya di sebuah kem tahanan di Poland.
Beliau ditangkap dan ingin dijadikan bahan eksperimen kerana kuasa mutan beliau.

Setelah meninggalkan The Brotherhood of Mutans dan menyepikan diri daripada dunia mutan, Eric telah berhadapan dengan sekali lagi kejadian pembunuhan ahli keluarganya. Isteri dan anaknya telah dibunuh oleh anggota polis tanpa sengaja di hadapannya apabila pasukan polis mahu dia menyerah diri apabila identiti sebenarnya telah terdedah.

Walaupun pada waktu itu beliau telah insaf daripada melakukan pembunuhan dan kerosakan dan telah pun menukar identiti dirinya kepada manusia biasa yang ini menjalani kehidupan normal di samping keluarga, namun dirinya kelihatan seolah-olah memang tiada tempat untuk hidup bersama dengan manusia normal.

Semua perkara tersebut berlaku hanya gara-gara insiden beliau dengan tidak sengaja telah mendedahkan identiti mutannya ketika bertindak menyelamatkan rakan sekerjanya daripada kecelakaan di tempat kerja.

Peristiwa kematian isteri dan anak perempuannya ternyata menyentap kepercayaan Magneto terhadap nilai kemanusiaan yang ada pada manusia.

Isteri dan anak Magneto terbunuh setelah identiti beliau sebagai Mutan/Magneto terdedah.
Magneto hilang kawalan dan bertindak membunuh kesemua anggota polis setelah isteri dan anak perempuan terbunuh.

Magneto muncul sebagai villain dalam filem terawal X-Men tetapi pada masa yang sama pernah bersahabat dengan peneraju X-Men iaitu Professor Charles Xavier atau dikenali sebagai Professor X. Magneto mempunyai visi yang sama seperti Profesor X iaitu ingin membela kaum Mutan dan menuntut keadilan atas nama ‘Human Right’ tetapi dengan cara yang berbeza dan pendekatan yang agresif.

Eric Lehnsherr (Magneto) dan Charles Xavier (Professor X) merupakan dua sahabat yang mempunyai visi untuk mempertahankan nasib manusia Mutan tetapi dengan pendekatan berbeza.

Jika Professor X ingin mencipta kehidupan damai antara manusia normal dengan manusia Mutan, Magneto pula sebaliknya. Professor X menubuhkan X-Men untuk menjaga keamanan dan keselamatan dunia manakala Magneto pula mengepalai The Brotherhood of Mutans untuk menjaga kepentingan Mutan dan menolak kerjasama dengan manusia normal.

Sikap agresif Magneto di samping nilai kemanusiaan yang masih wujud jauh di sanubari Magneto menjadikan watak ini cukup misteri dan istimewa.

Patrick Stewart dan Ian McKellen memegang watak sebagai Professor X dan Magneto ketika tua.
Michael Fassbender dan James McAvoy menjayakan watak Eric Lehnsherr Professor Charles Xavier ketika muda.

Watak Magneto agak istimewa kerana pada sesuatu masa penonton boleh membencinya, kemudian bersimpati terhadapnya, selepas itu menyukainya dan kemudian mengangkatnya sebagai hero. Magneto muncul sebagai musuh kepada manusia dan X-Men, namun pada suatu masa yang lain, Magneto juga bertindak seperti anggota X-Men yang lain untuk menyelamatkan kaum mutan dan bumi.

Magneto dan pasukan Mutannya iaitu The Brotherhood of Mutans

Magneto muncul dalam hampir keseluruhan filem X-Men dan menjadi antara watak kegemaran selain Wolverine. Oleh itu, pada pendapat saya Marvel perlu memulakan langkah untuk mengangkat watak Magneto dan menghasilkan filem khas buat watak istimewa ini. Keupayaan Magneto yang boleh menguasai metal amat menakjubkan dan kebanyakan babak aksinya di dalam filem X-Men berjaya membuatkan filem ini menarik untuk ditonton.

Magneto ketika mengancam keselamatan dan nyawa para pemimpin dunia.

Siapa boleh lupa dengan babak Magneto mengangkat dan mengalihkan sebuah jambatan keluli di Amerika dalam filem pertama X-Men lakonan Ian McKellen (Magento tua).

Pasti banyak yang masih ingat bagaimanakah aksi Magneto muda lakonan Michael Fassbender yang menyelamatkan Profesor X dan mutan-mutan yang lain daripada dibedil oleh peluru-peluru kapal perang tentera, tapi pada masa yang sama beliau menerbalikkan peluru-peluru terbabit ke kapal perang tersebut dengan niat membunuh kesemua tentera laut tersebut?

Magneto lakonan Ian McKellen mengangkat sebuah jambatan keluli dan memindahkannya ke tempat lain.
Babak Magneto lakonan Michael Fassbender mengangkat sebuah stadium Baseball di Amerika Syarikat.
Gabungan mutan pada usia tua dan muda
Susunan watak Magneto mengikut susunan tahun.

Walaupun Magneto sering digambarkan sebagai watak gelap dan ego, namun sisi baik Magneto akhirnya muncul juga apabila Magneto tampil pada saat akhir untuk membantu pasukan X-Men menewaskan En Sabah Nur yang juga dikenali dengan nama Tuhan Mutan iatu Apocalypse dalam filem X-Men: Apocalypse.

Magneto hadir membantu X-Men untuk menewaskan Apocalypse
Magneto dan anggota X-Men dalam filem X-Men: Apocalypse

Magneto juga hadir untuk membantu pasukan X-Men menewaskan sekumpulan makhluk asing yang ingin merampaskan kekuatan Jean Grey dan seterusnya menguasai bumi dalam filem X-Men: Dark Pheonix.

Eric Lehnsherr (Magneto) hadir memberikan bantuan kepada Professor X dan pasukan X-Men menewaskan makhluk asing yang menceroboh bumi dalam filem X-Men: Dark Pheonix.

Menarik bukan perwatakan seorang yang bernama Magneto? Pada pendapat anda wajar atau tidak wajar Magneto diangkat sebagai filem Villain oleh Marvel?

KEDAH FA SEMAKIN MATANG DALAM ISU MENANDATANGI KONTAK PEMAIN.

Nampaknya KFA pada musim ini tampak lebih serius dan fokus kepada skuad yang benar-benar cergas. Jikalau pada musim lepas KFA sangggup menerima Alex yang tidak pulih sepenuhnya dan tidak dapat diturunkan dalam keseluruhan musim, namun itu tidak berlaku pada musim ini. Jafri Chew terpaksa digugurkan daripada senarai pemain baharu apabila gagal  memenuhi syarat/ujian kecergasan pemain. Langkah ini yang seharusnya dilakukan oleh setiap pasukan iaitu hanya menandatangi pemain yang benar-benar cergas dan tidak menanggung ‘biawak hidup’ di dalam pasukan, seperti yang pernah berlaku dalam kebanyakan pasukan pada musim-musim lalu.

Ujian kecergasan yang benar-benar tepat perlu dilakukan oleh pasukan. Pasukan. Sepatutnya prelu lebih profesional dengan mewujudkan kumpulan medikal tersendiri dan bukan hanya merujuk dan menghantar segala ujian kepada hospital. Pengurusan terutamanya pengurus perlu membuat kerja rumah yang lebih banyak dengan mengkaji sejarah prestasi dan rawatan kesihatan pemain import. Ujian kecergasan juga perlu dilakukan sendiri dengan teliti oleh pasukan dan tidak bergantung kepada rawatan perubatan luar semata-mata kerana pelbagai kebarangkalian boleh berlaku dalam dunia moden ini.

Walaubagaimanapun, pengurusan kelab juga haruslah bertanggungjawab untuk menjaga kebajikan pemain yang mengalami kecederaan semasa beraksi dengan pasukan sama ada di lapangan Pertandingan atauupun semasa sesi latihan. Terdapat banyak kes, Pemain tempatan dann terutamanya pemain import yang digantung tidak bertali oleh pasukan. Sesetengah mereka ditamatkan kontrak apabila mengalami kecederaan ketika bersama pasukan. Terdapat juga pasukan yang bersikap acuh tidak acuh semasa memberikan rawatan kepada pemain asing, sehingga pemain asing terpaksa mengeluarkan duit belanja sendiri untuk mendapatkan rawatan yang baik dan mempercepatkan proses penyembuhan kecederaan.

BERHADAPAN DENGAN GERGASI-GERGASI ASIA DALAM ACL2020, INI PELUANG HEBAT UNTUK MEREALISASIKAN VISI ‘LUASKAN KUASAMU’

Oleh: Hairi Mohd

Mengapakah terdapat sesetengah pihak yang menggelakkan JDT apabila diundi sekumpulan dengan gergasi Asia?

Jawapannya adalah kerana mereka memandang 10% sahaja daripada keseluruhan aspek. Mereka hanya memandang aspek negatif iaitu JDT kemungkinan tidak melepasi peringkat kumpulan.  Sebenarnya JDT beruntung kerana diundi berdepan dengan kelab gergasi yang mempunyai banyak penyokong, rangkaian media yang luas dan permainan bola sepak yang baik.

Ini adalah peluang terbaik JDT untuk melebarkan sayap jenama mereka, membuatkan jenama mereka dikenali di seluruh Asia sebagai suatu permata dari Asia Tenggara. Sekian lama seluruh Asia mengetahui bahawa Asia Tenggara adalah antara rantau bola seak terlemah dan paling miskin fasiliti bola sepak dan mundur. Jadi, apabila banyak kelab di Asia Tenggara tidak mengorak langkah, JDT mengambil peluang sebagai ‘opportunist’. JDT menggunakan segala idea Eropah dan Amerika Selatan untuk membentuk setitik cahaya terang daripada rumpun Asia Tenggara yang malap. Maka, tidak begitu susah untuk JDT memperkenalkan kelab mereka apabila kurang saingan daripada rantau Asia Tenggara sendiri.

Apa yang JD lakukan sekarang, amat bertepatan dengan slogan mereka iaitu ‘Luaskan Kuasa’. Jika asa awal 2013, slogan ini menjadi bahan ketawa dam ejekan, kini, ada sesiapa yang berani mengetawakannya?

Ambil yang positif dan tinggalkan 10 % hal negatif tersebut, dengan status kelab kerdil dalam kalangan gergasi-gergasi Asia, JDT mendapat peluang besar untuk mempromosikan jenama mereka. Inilah sebenarnya perkara yang ditunggu-tunggu oleh banyak kelab-kelab kecil: layakkan diri ke kejohanan besar, dan rebut peluang untuk buka mata banyak pihak tentang kewujudan mereka.

Seperti di Eropah dam khususnya di England.. setelah undian Piala Liga dan Piala FA, maka bersorak sorailah pihak pengurusan n para penyokong kelab-kelab kecil sekiranya mendapat tahu bahawa kelab mereka diundi untuk berjumpa dengan mana-mana kelab dari kumpulan ‘Enam Besar’ dalam kejohanan tersebut.

Kenapa? Kerana mereka tahu ini adalah peluang terbaik pemain mereka untuk mendapat pengalaman menentang pemain-pemain hebat dan inilah juga peluang keemasan buat kelab mereka untuk memberitahu dunia tentang kewujudan mereka, kerana mereka tahu kelab seperti Liverpool, Manchester City, Chelsea, Totenham Hotspurs, Arsenal dan Manchester United bukan sahaja diikuti oleh penyokong bola sepak di England, tetapi di seluruh dunia.

Sebagai contoh, ada sesiapa kenal Wayne Shaw atau Sutton United?

Tiada sesiapa mengenalinya. Namun jika ditanya, masihkah anda ingat akan penjaga gol gemuk yang memakan pai dalam perlawanan bola sepak?

Ya, pasti banyak yang mengenali lelaki ini. Bagaimanakah anda mengenalinya? Jawapannya adalah melalui hasil perlawanan kelab beliau, Sutton United iaitu sebuah kelab kerdil di England menentang Arsenal dalam saingan Piala FA pada tahun 2017. Tindakan Shaw tersebut telah menyebabkan populariti nama beliau melonjak naik sekelip mata sahaja kerana perlawanan tersebut mendapat liputan meluas.

Kenapa? Sebabnya adalah kerana kelab mereka menentang salah sebuah kelab paling popular di dunia.

Jadi, apakah yang perlu dilakukan oleh JDT? JDT perlu cipta suatu kelainan yang boleh menarik perhatian pihak industri bola sepak dunia dan penyokong bola sepak luar.

Pada pendapat saya, kuncinya ada pada Stadium baharu JDT iaitu Stadium Sultan Ibrahim Larkin dan ketokohan pemiliknya sendiri iaitu Tunku Ismail Sultan Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Tengku Mahkota Johor (TMJ). Saya yakin kemudahan fasiliti, rekaan stadium dan keindahannya akan menjadi daya penarik untuk mengetahui lebih banyak lagi tentang JDT. JDT mempunyai segala-galanya yang hebat dan menjadi idaman setiap pemain sama ada tempatan atau asing yang ingin beraksi di rantau Asia Tenggara.

Ketokohan TMJ pula dalam membangunkan bola sepak di Johor dalam segala aspek telah membuka mata banyak pihak terutamanya di rantau Asia Tenggara sendiri. Kini, banyak media dan pemilik kelab mengetahui siapakah TMJ.

Ketokohan baginda sebagai bapa pembangunan bola sepak Moden Johor menjadi bualan banyak pihak. Kegigihan beliau memperbaiki skuad bola sepak Johor yang lesu sehingga menjadi antara yang terbaik di Asia Tenggara amat mengagumkan.

Visi beliau yang amat jauh di samping perancangan dalam segala aspek pengurusan bola sepak yang tepat telah membuka mata banyak pihak lain. Kini, TMJ boleh tersenyum bangga kerana segala yang dituai sedang membuahkan hasil. Jika bukan sekarang, tetapi dalam masa yang singkat, populariti JDT pasti akan meningkat dan duduk sama rendah dan berdiri sama timggi dengan kelab-kelab popular dari Asia Timur dan Timur Tengah yang Lain.

Jika anda bertanya kepada pemain import yang ingin bermain di sini dan juga penyokong bola sepak luar Malaysia agar memberitahu tentang perkara yang mereka tahu tentang  bola sepak Malaysia, selain nama JDT sendiri, mereka juga akan menyebut nama TMJ.

Jadi, apa tunggu lagi? Ayuh berikan sokongan sepenuh hati kepada kelab bola sepak yang mewakili negara tercinta ini, popularnya JDT, maka bangkitlah nama bola sepak Malaysia di minda, mata dan lisan para penyokong bola sepak seluruh Asia.

Nota terkini:

JDT bakal berhadapan dengan pasukan-pasukan gergasi dalam kejohanan Liga Juara-Juara AFC 2020, kumpulan G

  1. Guangzhou Evergrande (juara ACL 2013 & 2015)
  2. Suwon Samsung Bluewings (juara ACL 2001 & 2002)
  3. Vissel Kobe ( juara Emperor Cup 2019)
  4. Johor Darul Takzim FC (AFC Cup 2015)

Hasrat TMJ untuk meletakkan JDT sebaris dengan kelab-kelab gergasi Asia akhirnya terlaksana dalam tempoh masa yang singkat. Kejayaan JDT sebagai kelab tempatan paling menyerlah di peringkat antarabangsa nyata meletakkan kelab ini sebagai ‘blueprint’ buat kelab-kelab Malaysia untuk melangkah jauh di peringkat antarabangsa.

PROSES NATURALISASI: PEMAIN NATURALISASI & PEMAIN BERDARAH CAMPURAN

Oleh: Hairi Mohd

Dalam beberapa siri perlawanan kelayakan piala dunia kelmarin, terutamanya semasa perlawanan skuad kebangsaan menentang Thailand dan Indonesia saya mendapati bahawa masih banyak netizen menggunakan istilah ‘naturalisasi’ semasa merujuk kepada pemain kebangsaan negara iaitu Brendan Gan dan Matthew Davies.

Foto: NST

Terdapat juga penulis artikel yang menggabungkan senarai pemain naturalisasi dalam satu contoh iaitu Mohamadou Sumareh, Brendan Gan dan Matthew Davies dalam satu contoh ayat. Sebenarnya istilah tersebut tidak salah kerana jika istilah pemain naturalisasi dijadikan sebuah klausa iaitu “klausa 1. Pemain naturalisasi”, ianya akan dibahagikan kepada dua klausa, iaitu klausa 1.1 iaitu pemain naturalisasi yang melalui proses naturalisasi dan klausa 1.2 iaitu pemain naturalisasi berdarah campuran. Kesemua pemain ini ialah pemain naturalisasi yang melalui proses naturalisasi (naturalisation) dan dipanggil sebagai ‘naturalised player’.

Istilah pemain naturalisasi telah digunakan oleh bola sepak Indonesia terlebih dahulu apabila mereka mula menaturalisasi pemain asing mereka iaitu Cristian Gonzales pada saingan AFF 2010 yang lalu. Selain itu, Indonesia juga tellah menaturalisasikan pemain berdarah campuran Indonesia-Belanda iaitu Irfan Bachdim. Media Indonesia pada waktu itu tidak mengkategorikan dua pemain ini sebagai pemain naturalisasi dan pemain berdarah campuran, sebaliknya mereka menggelar kedua-duanya sebagai pemain naturalisasi kerana melalui proses yang sama iaitu proses naturalisasi.

Oleh sebab itu pada awalnya apabila istilah naturalisasi digunakan oleh media Malaysia, penyokong Malaysia kurang senang dengan pengggunaan istilah tersebut. Istilah naturalisasi agak sensitif dalam kalangan penyokong bola sepak Malaysia kerana idea tersebut pernah ditentang oleh FAM sendiri. Jadi, bagi mengelakkan kekeliruan, adalah lebih baik jika para penulis menggunakan istilah yang lebih terperinci iaitu pemain naturalisasi dan pemain berdarah kacukan.

Oleh itu izinkan saya kongsi semula tulisan saya berkaitan dengan status pemain naturalisasi dan pemain berdarah kacukan (berdarah campuran tempatan dan asing)

PEMAIN NATURALISASI

Pemain naturalisasi ialah pemain asing yang tinggal sekurang – kurangnya 5 tahun di negara tempat beliau bermain (hanya bermastautin dan tiada hubungan darah dengan negara tersebut). Pemain berhak untuk menukar taraf kepada naturalisasi jika mendapat sokongan daripada federasi bola sepak negara tersebut dan kerajaan negara tersebut selagi mereka belum pernah mewakili pasukan kebangsaan negara asal. Di Malaysia, Mohamadou Sumareh masih lagi merupakan pemain naturalisasi tunggal Malaysia. Namun, kemungkinan pemain lain seperti Liridon Krasniqi dan Guilherme de Paula akan menyusul pada tahun hadapan. Contoh pemain naturalisasi asing di negara serantau yang lain ialah Cristian Gonzalés @ El Loco di Indonesia dan Aleksandar Duric di Singapura.

Foto: thephotoshooterz

PEMAIN KACUKAN

Pemain kacukan ialah pemain-pemain yang ibu bapa/ ibu atau bapa/ keturunan salah satu orang tuanya berasal dari Malaysia tetapi pemain tersebut dilahirkan di luar Malaysia dan ingin bermain mewakili negara kita. Pemain kacukan semakin mendapat tempat di kelab-kelab Malaysia. Contohnya ialah para pemain di JDT dan JDTII seperti Darren Lok, Samuel Somerville, bekas pemain JDTII, Sabah, Felda United dan kini PDRM FA iaitu Stuart Wark, Curran Sigh di Melaka Utd, Brendan Gan di Perak TBG, Khair Jones dan Nick Swirad di PKNS FC, Matthew Davies di Pahang dan pasangan adik-beradik Insa di JDT. Manakala contoh pemain kacukan di negara serantau ialah Raphael Maitimo di Indonesia dan Charyl Chappuis di Thailand

Foto: m.irfantwelve

Walaupun kesemua mereka melalui proses naturalisasi (naturalisation) tetapi kita boleh mengklasifikasikan mereka kepada dua bahagian bergantung kepada susur galur keturunan mereka dan cara mereka memperoleh peluang bermain untuk negara. Pemain yang melalui proses naturalisasi boleh dikategorikan kepada pemain naturalisasi dan pemain naturalisasi kacukan (halfblood/heritage). kebanyakan daripada kita masih memanggil mereka dengan satu nama yang sama iaitu pemain naturalisasi.

Foto: instagram @lavco

Nota ringkas:

Muhamadou Sumareh
:Pemain asing pertama yang dinaturalisasikan menjadi rakyat Malaysia dan akhirnya akan dikenali sebagai
= PEMAIN NATURALISASI

Insa bersaudara, Brendan Gan, Matthew Davies
:Pemain berdarah kacukan/mempunyai pasport asing dinaturalisasikan menjadi rakyat Malaysia dan akhirnya akan dikenali sebagai
= PEMAIN BERDARAH KACUKAN (half blood)

*Junior Eldstal merupakan pemain berdarah kacukan tetapi memang mempunyai pasport Malaysia sejak asal dan tidak melalui proses naturalisasi (mendapatkan passport Malaysia) manakala Brendan Gan, Matthew Davies, Corbin Ong dan pemain-pemain berdarah kacukan yang lain telah melalui proses naturalisasi sebelum mendapatkan pasport negara ini.

Rujuk maklumat:

https://en.m.wikipedia.org/wiki/List_of_Malaysia_footballers_born_outside_Malaysia

hairimohd #naturalisasi #naturalisation #malaysiablood

BUAT JERSI SENDIRILAH…

Terengganu FC memulakan langkah positif dengan bekerjasama dengan Kobert untuk mengggunakan jersi milik pengeluar tempatan.

Oleh: Hairi Mohd

Adalah lebih baik jika kelab-kelab kita dan FAM mewujudkan hubungan perniagaan dengan para pengilang pakaian tempatan dan menghasilkan ‘local brand jersi’ sendiri pada masa hadapan. Pihak kelab dan FAM boleh menjual jersi-jersi tersebut dengan harga mampu milik seperti yang TFC lakukan menerusi jenama Kobert. Cuma persoalannya, adakah jersi TFC bebas daripada jenayah cetak rompak?

Selain Kobert, pembekal barangan sukan terkemuka di Malaysia iaitu Al-Ikhsan juga mula berjinak-jinak dengan industri pembuatan jersi tempatan apabila pernah berkolaborasi dengan beberapa pasukan tempatan seperti Negeri Sembilan (2018), Kedah FA dan Perak FA sebelum masing-masing beralih kepada penggunaan jersi Rhino, Umbro dan Lotto pada musim ini (2019).

Walaubagaimanapun, Al-Ikhsan tetap kembali menaja kelab bola sepak di Malaysia apabila berkolaborasi dengan Terengganu FC untuk musim 2019.

Apabila jersi-jersi berjenama tempatan laku dijual, maka pelbagai usahawan akan mula membuka jenama mereka sendiri sehingga pada suatu masa mereka akan berlumba-lumba untuk menaja jersi pasukan tempatan juga.

Pada pendapat saya, kelab tidak perlu menggunakan jenama mahal-mahal sehingga peminat sendiri tidak mampu membelinya kerana akhirnya kelab sendiri yang akan gagal menagih keuntungan daripada jualan jersi dan industri jika tidak akan pernah berubah.

Jualan jersi jugak boleh dibuat di mana-mana tempat awam yang menjadi tumpuan masyarakat dan bukan hanya tertumpa di kedai rasmi kelab. Jualan melalui van-van seperti perniagaaan ‘Food Truck’ yang dilakukan oleh kelab Thai ini merupakan inisiatif yang sangat baik.

Footballlads

JENAMAKAN SEMULA PKNS FC,JANGAN AMBIL HAK PKNS FC SEBAGAI KELAB LIGA SUPER

Polish_20191107_201527812

Oleh: Hairi Mohd

PKNS FC bakal ditransformasikan sebagai feeder club pasukan Selangor FA. Secara peribadi saya todak setuju dengan situasi ini. Hairan, apabila ada sesetengah penyokong Selangor yang bersetuju dengan tindakan FAS untuk menjadikan PKNS sebagai feeder club pasukan anda.

Ya, memang PKNS FC bukanlah suatu pasukan yang mampu membawa Keuntungan kepada kelab. Penyokong mereka tidak banyak dan jualan tiket perlawanan dan ‘merchandise’ tidak seberapa. Tapi PKNS kaya dengan sejarahnya yang tersendiri. Malah, sejarah PKNS lebih gah berbanding dengan beberapa pasukan negeri yang lain. Pasukan PKNS FC sendiri ialah pasukan yang serba lengkap dengan mempunyai skuad senior dan skuad pelapis yang baik apabila telah bergelar juara Piala Presiden edisi tahun ini (2019).

Polish_20191107_201635709

Pada pendapat saya, saya lebih bersetuju jika PKNS dibiarkan terus beraksi sebagai kelab di Liga Super Malaysia kerana mereka mempunyai pengurusan yang profesional dan tanpa sebarang masalah, malah tidak keterlaluan jika dikatakan pengurusan PKNS mempunyai rekod pengurusan yang baik tanpa sebarang masalah yang serius.

FB_IMG_1573129064436

PKNS FC tidak mampu menarik penyokong tempatan, tidak mampu membawa Keuntungan? Hal ini tidak dapat dinafikan. Oleh itu, saya berasa lebih gembira jika PKNS FC dijenamakan semula seperti MISC MIFA yang menjenamakan nama mereka kepada PJ City FC. Penjenamaan semula, dengan menamakan skuad kepada nama yang dekat dengan penyokong juga amat penting.

Adalah sesuai jika PKNS FC menjenamakan nama pasukan mereka kepada nama bandar,lokasi mereka berada demi mewujudkan rasa ‘self belonging’ kepada para penyokong tempatan. Kemungkinan besar, punca utama PKNS FC masih gagal menambat hati sebilangan penyokong Selangor, terutamanya yang tinggal berdekatan dengan markas mereka adalah sebab tiadanya rasa ‘self belonging’ terhadap kelab ini. Rakyat Selangor tidak merasakan bahawa kelab ini adalah milik mereka tetapi hanyalah milik para kakitangan PKNS FC sendiri.

60799307_2304851412928226_3983012890599751680_o.jpg

Seperti mana MISC MIFA lakukan. Mereka sedar bahawa kelab mereka tidak mampu menarik jumlah penyokong yang banyak jika mereka kekal dengan nama kelab yang berasaskan sesuatu kaum, maka penjenamaan menggunakan nama bandar adalah sesuatu langkah yang bijak untik menaturalisasikan kembali kelab tersebut dan diterima ramai. Mungkin pada tahun pertama, PJ City FC belum mampu menarik banyak penyokong, tetapi siapa tahu dua atau tiga tahun lagi?

Oleh itu, saya berpendapat bahawa, daripada menurunkan pangkat PKNS FC daripada skuad Liga Super Malaysia kepada ‘feeder club’, adalah lebih baik menjenamakan semula PKNS FC kepada nama baharu yang ‘mesra rakyat’ agar mereka dapat menarik lebih banyak penyokong sendiri dan berdiri sebagai suatu kelab yang bebas daripada bayangan Selangor FA.

Di samping itu, PKNS FC boleh menggiatkan lagi lagi penglibatan kelab mereka dengan pelbagai aktiviti sosial agar mereka dapat mendekatkan kelab dengan masyarakat lantas dapat menambat hati masyarakat agar menerima PKNS FC sebagai salah satu identiti diri mereka, identiti bandar mereka. Mereka boleh mengambil contoh langkah-langkah yang telah diambil oleh Petaling Jaya untuk meraih sokongan penduduk Petaling Jaya, terutamanya golongan muda agar dapat menerima kelab mereka sebagai sebahagian daripada kehidupan warga Petaling Jaya.

Polish_20191107_203019487

Pada pendapat saya, PKNS FC tidak akan kehilangan sejarah lampau mereka sebagai sebuah gelap yang gah dan bersejarah jika mereka mengalami transformasi nama kelab berbanding dengan diturunkan status sebagai ‘feeder club’ kerana penukaran taraf tersebut akan merobek maruah kelab PKNS FC sendiri berbanding dengan menjenamakan nama pasukan tersebut. Nama asal mungkin berubah, namun sejarah dan maruah PKNS FC dapat dipertahankan.

Apakah bukti bahawa sejarah lampau PKNS FC tidak akan hilang jika namanya dijenamakan semula?. Jawapannya mudah sahaja.. Sejarah tidak akan mudah luput dalam catatan walaupun pasukan bertukar nama sekalipun. Kelab-kelab gergasi di Liga Perdana Inggeris sendiri seperti Arsenal dan lain-lain pernah bertukar nama suatu masa dahulu. Sejarah dan rekod mereka akan kekal selamanya.

Sebagai contoh, Johor FC walaupun ditukar dengan nama Johor Darul Takzim (JDT) sekalipun, seluruh rakyat Malaysia akan ingat bahawa JDT ialah Johor FC dan bukannya Johor FA.

Buktinya? Apabila media mengatakan pasukan dari Johor itu mencatatkan kejuaraan Piala Malaysia kali pertama pada tahun 1991, seluruh Malaysia termasuklah penyokong Selangor alan bersuara… “Yang menang tu Johor FA, bukan JDT, JDT tak ada apa-apa sejarah dalam Piala Malaysia”..

Nah.. itu bukti bahawa, penukaran nama pasukan tidak mencemarkan sejarah kelab bukan? Maka, PKNS FC tidak seharusnya diturunkan pangkat kepada ‘feeder club’ kerana PKNS FC sepatutnya dikekalkan status elitnya sebagai kelab Liga Super Malaysia dan ditambah baik entitinya dengan menukarkan namanya kepada nama yang lebih ‘mesra rakyat’ demi menarik sokongan penyokong terhadap pasukan tersebut.

#footballlads #hairimohd

ANUGERAH KASUT EMAS DAN PENJARING TERBANYAK LIGA SUPER: DUA ANUGERAH BERBEZA

Oleh: Hairi Mohd

Sesetengah penyokong dalam kalangan kita mengalami kekeliruan apabila pihak Kedah FA (KFA) menyenaraikan nama Fernando Rodriguez (21 gol) sebagai bakal pemenang Anugerah Kasut Emas 2019. Kekeliruan muncul apabila pihak KFA menggabungkan kesemua tiga piala utama liga domestik iaitu Liga Super Malaysia, Piala FA dan Piala Malaysia dan menamakan Fernando Rodriguez sebagai pemenang.

Laman page Kedah FA mengumumkan Fernando Rodriguez bakal ditabalkan sebagai pemenang Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2019

Sesetengah penyokong menyelar keputusan tersebut dan menganggap anugerah tersebut adalah hak milik penjaring terbanyak Liga Super 2019. Kebiasaannya, dalam mana-mana liga, pemenang kasut emas akan diberikan kepada penjaring terbanyak liga utama. Walaubagaimanapun, dalam Anugerah Bola Sepak Kebangsaan beberapa edisi lepas, pemenang kasut emas telah diberikan kepada penjaring terbanyak Liga Super dan Liga Premier. Hal ini bermakna, terdapat dua pemain akan menerima anugerah tersebut.

Namun begitu, mulai Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2018 yang lalu, dua gelaran tersebut telah digantikan dengan ‘Penjaring Terbanyak Unifi Liga Super dan Penjaring Terbanyak Unifi Liga Premier’ manakala Anugerah Kasut Emas 2018 pula diberikan kepada penjaring terbanyak keseluruhan iaitu penjaring gol terbanyak dalam ketiga-tiga kejohanan utama domestik iaitu Liga Super 2018, Piala FA 2018 dan Piala Malaysia 2018. Hal ini bermakna akan ada tiga pemenang untuk kategori penjaring terbanyak.

Tahniah Fernando Rodriguez dan Kedah FA

Kekeliruan terjadi mungkin kerana dalam kalangan kita, banyak yang terlepas pandang tentang penambahan anugerah ini daripada dua kepada tiga kerana pemenang dalam dua kategori iaitu Anugerah Kasut Emas 2018 dan Penjaring Terbanyak Unifi Liga Super 2018 ialah orang yang sama iaitu Rufino Segovia daripada pasukan Selangor. Rufino Segovia telah mencetak 19 gol dalam Lig Super 2018 dan 31 gol dalam ketiga-tiga saingan domestik tahun 2018.

PAWI, AFIQ DAN MAT YAT

Safawi Rasid (Pawi) beruntung kerana tiada saingan kuat pada masa beliau diberikan peluang untuk menunjukkan bakat.. bayangkan kalau Diaz tidak meninggalkan kelab semasa di luar musim perpindahan dan setelah kontrak Diaz tamat, JDT bersedia untuk ambil pemain import yang bermain di posisi pawi..

Afiq Fazail mendapat nasib yang sama seperti Pawi kerana Natxo Insa mendapat kecederaan. Kebolehan Afiq juga berjaya mengetepikan Nazmi Faiz. Namun, bayangkan jika Natxo Insa tidak mengalami kecederaan, adakah Afiq akan sentiasa berada dalam kesebelasan utama? Berapakah peratusan Afiq Fazail dalam kesebelasan utama jika Natxo cergas tanpa kecederaan. Adakah JDT berani meletakkan Natxo di tepi demi mengembangkan potensi Afiq?

Bayangkan juga kalau Gonzalo Cabrera terus mendapat kepercayaan di posisinya atau jika JDT menggantikan Gonzalo Cabrera dengan pemain import lain pada awal musim dengan pemain import yang aktif dan masih muda. Adakah Mat Yat bakal mendapat tuah iaitu peluang keemasan untuk kerap beraksi seperti Pawi?

Adakah Mat Yat akan berani tampil dan berkata..

“jangan ambil pemain import baharu, berikan peluang untuk saya beraksi dalam kesebelasan penuh seperti Pawi semasa ketiada Diaz!”

?

Pendek kata, pemain muda JDT memerlukan sedikit kesabaran dan tuah untuk mendapat minit permainan lebih. JDT ialah kelab yang mempunyai visi untuk menggegar pentas Asia, maka pemain terbaik gabungan Import dan tempatan diperlukan oleh mereka. Oleh itu, para pemain muda perlu bersedia mental dan fizikal apabila membuat keputusan menyertai JDT dan tidak perlu sedar bahawa amat sukar untuk menyertai kesebelasan utama kerana realitinya pasukan-pasukan terbaik hanya akan meletakkan pemain terbaik pada setiap perlawanan, tidak kira sama ada pemain import mahupun pemain kebangsaan.

footballlads

MENGAPAKAH KEDAH FA DITABALKAN PEMENANG MELALUI JARINGAN GOL DI TEMPAT LAWAN?

Pada malam semalam berlangsungnya dua perlawanan separuh akhir Piala Malaysia 2019 melibatkan empat pasukan terbaik dari Liga Super Malaysia 2019 iaitu Selangor FA vs Johor DT dan Pahang FA vs Kedah FA. 

Juara Liga Super 2019, Johor DT merekod perbezaan jaringan terbesar dalam saingan separuh akhir apabila meratah Selangor FA 3-0 di tempat lawan melalui jaringan hatrik pemain muda kebangsaan iaitu Safawi Rasid. Johor DT mara ke final dengan agregat 5-1.

Pahang FA  vs Kedah FA lebih mendapat tumpuan

Namun perlawanan yang menjadi perbualan hangat pastinya perlawanan melibatkan Pahang FA menentang Kedah FA di Stadium Darul Makmur, Kuantan Pahang. Kedah yang bertandang ke gelanggang Tok Gajah berjaya menidakkan kelebihan jaringan tempat lawan milik Pahang dan sokongan padu penyokong tuan rumah apabila berjaya mencetak 5 gol di Kuantan dan mara ke pentas akhir Piala Malaysia dengan  agregat 8-8 selepas terikat 5-5 di Kuantan dan 3-3 dalam perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Darul Aman. 10 gol terhasil dalam perlawanan epik di Kuantan pada malam tadi.

Bukanlah 10 gol di Stadium Darul Makmur yang menjadi perbualan hangat para netizen pada malam tadi, namun terdapat beberapa persoalan lain yang menjadi perdebatan para netizen berkaitan keputusan perlawanan pada malam tadi.

Kemenangan Kedah FA Mencetuskan Perdebatan Penyokong

Para penyokong tertanya-tanya mengapakah perlawanan tidak ditamatkan sahaja selepas tamat masa 90 minit permainan penuh di Kuantan (sama seperti perlawanan separuh akhir pertama di Alor Setar) apabila kedua-dua pasukan terikat dengan agregat yang sama dan tiada kelebihan jaringan gol tempat lawan buat kedua-dua pasukan. Sesetengah penyokong berpendapat bahawa pemenang harus ditamatkan dan pemenang ditentukan melalui sepakan penalti.

 Secara umum mengetahui bahawa Kedah dan Pahang terikat dengan jaringan 3-3 pada malam tadi setelah wisel ditamatkan pada minit ke-90 permainan. Mengapakah permainan diteruskan ke masa tambahan sehinggalah kedua-dua pasukan berjaya menambah dua lagi gol dan memberikan kelebihan jaringan gol di tempat lawan kepada Kedah FA iaitu 5 gol dijaringkan Kedah FA di Kuantan, Pahang manakala hanya 3 gol dijaringkan oleh Pahang di Alor Setar, Kedah.

Buku Peraturan AFC Menjadi Rujukan

Asas yang digunakan oleh sesetengah penyokong yang tidak bersetuju dengan keputusan perlawanan tersebut adalah berdasarkan peraturan yang telah diguna pakai oleh AFC dalam kejohanan Liga Juara-Juara AFC. Dalam peraturan AFC, pada seksyen 4: Regulasi Teknikal, klausa 13.1,  ada menyatakan bahawa peraturan gol di tempt lawan hanya sah dalam perlawanan timbal balik 90 minit apabila kedua-dua pasukan terikat dengan agregat yng sama. Oleh itu pada pendapat mereka peraturan gol di tempat lawan seharusnya diambil kira pada 90 minit permainan iaitu ketika kedua-dua pasukan terikat 6-6.

Apabila kedua-dua pasukan terikat dengan agregat yang sama dan tiada kelebihan jaringan tempat lawan, klausa 13.1 iaitu tambahan masa 30 minit untuk  mencari pemenng kedua-dua buah pasukan. Seperti yang tercatat dalam klausa 13.4, Apabila kedudukan kedua-dua pasukan masih lagi terikat dengan agregat yang sama, pemenang perlawanan perlu  ditentukan melalui sepakan penalti. Namun berlainan halnya seperti yang berlaku pada malam tadi apabila skuad Kedah diumumkan sebagai pemenang atas alas an kelebihan jaringan tempat lawan yang dimiliki oleh pasukan kedah (5 gol di Kuantan, Pahang).

Atas sebab inilah yang telah memungkinkan para pemain Pahang masih lagi beranggapan bahawa mereka masih lagi berpeluang untuk memenangi perlawanan apabila Dickson Nwakaeme Berjaya menjaringkan gol pada minit ke-120+2.

Atas faktor inilah yang telah memungkinkan Dickson telah meraikan jaringannya dengan berlari di segenap ruang padang kerana menyangka mereka akan mengheret Kedah FA ke penentuan sepakan penalti. Hal inilah yang telah mendatangkan ketidakpuasan hati beberapa kumpulan penyokong Pahang FA.

Undang-Undang Permainan IFAB

Namun, perlu diketahui bahawa setiap pertandingan atau kejohanan dikawal oleh Peraturan Pertandingan (competition rules). Terdapat suatu peraturan pertandingan bola sepak (football competition rules) perlu dipatuhi oleh kesemua penganjur kejohanan bola sepak dan pasukan bertanding dalam semua kejohanan bola sepak dunia iaitu peraturan dari Undang-Undang Permainan IFAB (IFAB-Laws Of The Game) yang dahulunya dikenali sebagai Undang-Undang Permainan FIFA.

Undang-Undang Permainan IFAB (International Football Association Board) perlu digunakan oleh para pengadil FIFA dalam kejohanan seluruh dunia untuk membantu kejohanan tersebut diiktiraf. Undang-Undang Permainan IFAB merangkumi segala peraturan di atas padang termasuklah peraturan semasa pengambilan sepakan percuma, sepakan gol, bola terkena tangan dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, persoalan utama bukanlah sama ada saingan Piala Malaysia secara kerasnya mengikut peraturan daripada panduan AFC ataupun IFAB kerana beberapa peraturan ‘minor’ dalam kejohanan masih lagi boleh diubah suai oleh penganjur asalkan peraturan tersebut tidak menyalahi undang-undang yang telah ditetapkan. 

Malaysian Football League (MFL) Mempunyai Hak Menetapkan Peraturan

Penganjur saingan Piala Malaysia ialah Malaysian Footballl League (MFL). Piala Malaysia merupakan saingan domestik liga tempatan dan tidak melibatkan penyertaan antarabangsa, maka MFL berhak membuat pemindaan ‘minor’ terhadap peraturan-peraturan dalam kejohanan yang dianjurkan oleh mereka.

 Sebagai contoh, penganjur Liga Perdana Inggeris, iaitu FA pernah mengubah peraturan kejohanan dengan hanya membenarkan dua pemain gantian, Begitu juga dengan peraturan ‘sudden death’. 

Peraturan ‘sudden death’ juga masih boleh diguna pakai jika kesemua pihak yang menyertai kejohanan tersebut bersetuju dengan peraturan tersebut. Begitu juga dengan syarat-syarat penyenaraian jumlah pemain import dan pemain muda untuk sesebuah kejohanan atau pertandingan.

Mengikut peraturan dari peraturan IFAB: Undang-Undang 10: ‘Determining The Outcome Of The Match’ ada mengatakan bahawa jika kedua-dua pasukan terikat dengan agregat yang sama, terdapat tiga penyelesaian yang digunakan iaitu 1) peraturan gol di tempat lawan, 2) perlawanan diteruskan dalam masa tambahan sebanyak 30 minit (15 minit setiap separuh masa) 3) Sepakan penalti. Kombinasi ketiga-tiga penyelesaian boleh diguna pakai untuk mencari pemenang. Penulis percaya bahawa pengajur kejohanan telah menggunakan penyelesaian 10 dan 2) iaitu masa tambahan 30 minit dan jaringan tempat lawan untuk menentukan pemenang.

Hal ini demikian kerana penulis percaya bahawa kedua-dua pasukan telah sedia maklum tentang peraturan permainan dan tiada bantahan diajukan oleh pasukan yang tewas (Pahang FA) selepas perlawanan tamat.

Taklimat Kejohanan dan Peraturan

Peraturan-peraturan dan regulasi pertandingan kebiasaannya akan dibincangkan dan dibentangkan semasa taklimat kejohanan kepada wakil setiap pasukan yang bertanding iaitu kepada pegawai pasukan (team officials) semasa msyuarat koordinasi perlawanan (Match Coordination Match-MCM). Penulis percaya bahawa kedua-dua pasukan yang bertanding di Stadium Darul Makmur, telah jelas dengan peraturan tersebut kerana tiada bantahan terhadap keputusan perlawanan pada malam tadi oleh pihak Pahang FA.

Peraturan gol di tempat lawan dalam semua kejohanan anjuran Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Malaysian Football League (MFL) telah dibentangkan kepada kesemua pasukn bertanding pada awal musim iaitu sebelum musim 2019 bermula, maka sebenarnya tiada isu berkaitan dengan keputusan pengadil memberikan kemenangan ke atas pasukan Kedah FA berdasarkan peraturan gol di tempat lawan. 

Peraturan Gol di Tempat Lawan dalam Kejohanan Negara Luar

Tambahan pula peraturan gol di tempat lawan yang melibatkan tambahan masa dalam perlawanan timbal-balik kedua juga dipraktikkan dalam beberapa kejohanan besar yang lain. Sebagai comtoh dalam kejohanan Liga Juara-Juara Eropah (UCL), Liga Europa dan Piala EFL di England. maka, tiada isu besar harus didebatkan dengan kemenangan Kedah pada malam semalam.

Design a site like this with WordPress.com
Get started